25 Tahun Jubli Perak Amanah Ikhtiar Malaysia ~ Transformasi Teras Kecemerlangan AIM
Selamat datang ke laman web rasmi 
Amanah Ikhtiar Malaysia Ibu Pejabat (AIM)
'Membantu Keluarga Miskin, Berikhtiar Menambah Rezeki'
'Kesempurnaan Kualiti Kecemerlang Organisasi'

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Penubuhan AIM dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.

AIM menawarkan pinjaman mikro kredit kepada golongan miskin khususnya kepada golongan wanita bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan ataupun menambah modal perniagaan. 

Berita Semasa AIM : Kakitangan AIM Wilayah Sarawak Utara diraikan dalam majlis bersama menggapai kecemerlangan

Disediakan oleh: Tajul Asrul Syah Mokhtar
Gambar oleh: Tajul Asrul Syah Mokhtar

Sibu, Sarawak   
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Sarawak Utara telah meraikan kakitangannya melalui penganjuran Majlis Bersama Menggapai Kecemerlangan (BMK) di Kingwood Hotel Sibu, pada 8 Jun 2013 yang lalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Dr. A. Manaf Hussin, Ahli Lembaga AIM.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Halid Hasbullah Boestamam, Ketua Pegawai Operasi, Cik Hajah Mazanah Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Bahagian Pembiayaan (Sabah & Sarawak) dan Puan Haryati Dahari, Pengurus Wilayah Sarawak Selatan. Dalam ucapan aluan Pengurus Wilayah Sarawak Utara, beliau menyeru supaya semua kakitangan AIM  untuk bersama-sama menggalas tanggungjawab bagi menjadikan AIM Sarawak Utara lebih gemilang dan seterusnya meningkatkan martabat AIM pada tahap yang lebih tinggi serta mampu berdaya saing di peringkat global.

Dalam ucapan perasmian, Datuk Dr. A. Manaf Hussin amat berbangga dengan pencapaian AIM Wilayah Sarawak Utara yang telah menunjukkan peningkatan prestasi yang terbaik seiring dengan perkembangan semasa AIM. Beliau juga turut menyentuh Program Transformasi AIM yang dilihat berada pada landasan yang tepat. Beliau menyeru kepada seluruh warga kerja AIM di Sarawak Utara supaya berusaha lebih gigih dan sentiasa membuat penambahbaikan  berterusan dalam kerja yang telah diamanahkan. Datuk Dr A. Manaf juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima-penerima anugerah pada kali ini.


Anugerah BMK 2012 
Majlis Anugerah BMK 2012 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu anugerah untuk Kategori Sahabat dan Kakitangan. Bagi kategori Sahabat adalah Anugerah LPS Terbaik, Anugerah Keberkesanan Operasi Terbaik dan Anugerah Ketua Blok Terbaik peringkat Wilayah Sarawak Utara. Manakala bagi Kategori Kakitangan pula Anugerah Kakitangan Terbaik disandang oleh Encik Hail Amir Zainuddin, Pembantu Amanah Cawangan Limbang dan Anugerah Kakitangan Harapan diberikan kepada Encik Muhd Zulhilmy Razak, Pembantu Amanah dari Cawangan Sibu. Untuk anugerah khas Ibu Pejabat, empat cawangan yang telah menerima Anugerah Cawangan Tanpa Portfolio Berisiko (PAR) iaitu Cawangan Miri, Mukah, Bintulu dan Limbang manakala bagi Anugerah Cawangan Emas pula telah diberikan kepada Cawangan Mukah dan Miri.

Harapan Pengurusan 
Diharapkan semoga pengurusan  AIM Wilayah Sarawak Utara akan sentiasa memastikan keberkesanan operasi di wilayah itu berada ditahap cemerlang dan mampu memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat serta dapat melahirkan pekerja yang cemerlang dan   berkualiti tinggi.  Majlis sedemikian sesungguhnya dapat mengeratkan jalinan silaturrahim di antara kakitangan dan Pengurusan AIM Wilayah Sarawak Utara serta Sahabat.